puasa kan? jaga mulut, jaga hati, jaga mata, jaga telinga..

Assalamualaikum. selamat pagi. Pagi Ramadhan pertama. Alhamdulillah, bersyukurlah kita kerana masih lagi ada kesempatan untuk menyambut ramadhan sekali lagi. Marilah kita beristikharah, berubah menjadi lebih baik. Jaga hati, jaga mulut, mata, dan juga telinga daripada benda-benda yang tidak baik. Yang boleh membatalkan puasa kita. Memperkuatkan lagi iman kita. InsyaALLAH, jika niat kita baik, ALLAH pasti tolong. Yang paling penting, sentiasalah bersangka baik dengan ALLAH. Peringatan untuk diri sendiri jugak ni haa.. Jika kita sentiasa bersangka baik dengan ALLAH, semua perkara yang kita lakukan ALLAH permudahkan. Jangan cepat melatah. Bersabar dan berdoa supaya dikuatkan lagi iman itu.

Kita ni manusia biasa, banyak buat silap. Kadang-kadang small matter pun boleh silap kan. Yang suka mengumpat tu jika tak boleh nak ubah sikap tu untuk tak mengumpat orang selamanya, sekurangnya ambillah cuti sebulan pada bulan yg mulia ini untuk tak mengumpat orang. Dekatkan diri dengan ALLAH. Pahala pun dapat kan. ^_^ Apa salahnya kita berubah pada bulan mulia ini. Dari yg tidak baik, menjadi yg lebih baik. Mereka yang sudah berhijrah pula, alhamdulillah. Syukur, kerana ALLAH membuka pintu hati itu untuk berubah. Tapi tak semestinya kena tunggu petunjuk dari ALLAH baru nak berubah. Cuma fikir satu je. Kalau nak masuk syurga, jagalah aurat, solatlah. Ikut segala suruhanNYA. Sememangnya itu tanggungjawab kita sebagai manusia. Jika hendak kembali ke tempat asal iaitu syurga,  bawalah bekalan ilmu dan amal ibadat kita untuk ke sana. Eh, dah macam ustazah pulak kita.. heheehe. Aminn.. Mana tahu, satu hari nanti jadi ustazah ke kan.. Tp takpela tak dapat jadi ustazah pun.. Jadi wanita yang solehah pun dah cukup.. ^_^


Ramadhan, Bulan yang mulia..


Ramadhan tiba lagi! Esok nak puasa, arini dah ramai yg tutup kedai, tak berniaga dah. Adoi, ape salahnya kalau berniaga sehari lagi? Pagi2, customer cari sarapan pun susah. Bulan puasa makin banyak dugaan. Bukan dugaan tahan lapar dan dahaga saja. Macam-macam dugaan yg datang. Bersyukurlah kita dianugerahkan dugaan-dugaan yg sering menguji kesabaran kita. Ada 'reward' yg besar ALLAH akan bagi untuk orang-orang yg banyak bersabar menghadapi dugaan. Terutama sekali pada bulan puasa. Bulan yg mulia ni. Bibir tak putus-putus berdoa, semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita pada bulan mulia ni. Ramai yg dah pacak tiang nk bukak bazaar ramadhan besok. berpusu-pusulah orang di bazaar ramadhan nanti. Korang selalu beli apa di bazar ramadhan? Apa juadah berbuka puasa korang pada puasa pertama? Yang penting, jangan membazir ok. Membazir itu kan amalan syaitan. ^_^ Di kesempatan ini eiqa ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam. Puasa jangan tak puasa k.. heheheh.


Friday 13th: Angka 13 Angka Sial?

Kebanyakan masyarakat barat atau mungkin ramai penduduk di seluruh dunia percaya yg nombor 13 adalah angka yg membawa sial. Angka yg disumpah dan 'berhantu' sehingga menyebabkan penggunaan angka berkenaan akan membawa malang atau maut kepada mereka yg mengamalkannya. Kepercayaan masyarakat barat kononnya menganggap angka 13 sebagai angka sial, disumpah dan berhantu dipercayai bermula daripada ajaran kristian apabila iblis iaitu ketua syaitan pada asalnya dianggap sebagai malaikat ke-13 tetapi ia digugurkan kerana menderhaka kepada Tuhan. Selain itu, pada majlis 'Santapan Terakhir' yg dipercayai dalam doktrin agama kristian, rakan yg mengkhianati Jesus iaitu Judas adalah lelaki yg ke 13 duduk dimeja makan. Ketika ahli sihir Rom purba menyeru kehadiran syaitan pula, mereka akan berkumpul seramai 12 orang dan orang ke-13 yg hadir pada upacara itu adalah jelmaan syaitan. Sesetengah penyelidik beranggapan bahawa fobia terhadap angka itu berasal daripada kepercayaan tahyul manusia pada zaman kuno. Manusia pada zaman itu dikatakan mengira sehingga nombor 12 atau sedozen dan angka selepas itu iaitu dikatakn mewakili unsur ghaib. Masyarakat barat mengira angka yg diberi nama sehingga angka terakhir adalah 12 atau 'twelve' dan angka seterusnya iaitu bermula angka 13, dimulai dengan gabungan angka iaitu 'thirdteen', 'fourteen' dan seterusnya. Kiraan bulan dalam setahun juga sehingga bulan ke-12 dan tidak ada bulan ke-13. Selain itu, kepercayaan terhadap sumpahan angka 13 turut berasal daripada pegangan kaum Vikings. Dikisahkan bahawa ketika 12 dewa Norse sedang mengadakan majlis makan malam, tiba-tiba datang Loki iaitu dewa yg tidak diundang ke majlis berkenaan. Loki dianggap tetamu ke 13 pada majlis itu dan menjadi perancang utama pembunuhan Baldr, dewa kegembiraan. Kematian Baldr menyebabkan seluruh dunia menjadi gelap dan hari itu tidak lagi disinari kegembiraan atau dengan kata lain adalah hari itu sial dan malang.  Menerusi kisah berkenan jugalah wujudlah kepercayaan tahyul yg kononnya apabila 13 orang berkumpul, maka seorang daripada mereka akan mati.
Fobia itu diperkuatkan lagi dengan beberapa kejadian aneh yg berlaku membabitkan angka 13 terutama membabitkan hari jumaat yg jatuh pada tarikh hari itu. Penahanan dan pembunuhan pasukan Knights Templar dalam perang salib berlaku pada hari jumaat, 13 Oktober 1307.

 
Pada jumaat 13 Oktober 1066 juga menjadi hari terakhir pemerintahan King Saxon Harold II sebelum dia dibunuh Duke of Normandy, William. Ekspedisi ke bulan menggunakan pesawat Apollo 13 dianggap gagal kerana ia menyandang nombor 13 malah diterbangkan pada jam 13:13 EST pada 11 April 1970.
         Seorang lelaki iaitu Arnold Schoenberg yang menderita triskaidekafobia didapati lahir dan meninggal pada tanggal 13 haribulan. Institut Fobia dan Pengurusan Tekanan AS di Utara Carolina menyatakan bahawa pelbagai industri di negara itu kerugian antara AS$800 hingga AS$900 juta pada hari jumaat yg jatuh pada 13 hb berikutan ramai penduduk enggan menaiki penerbangan atau keluar rumah pada hari itu. Justeru, benarkah angka 13 adalah angka sial, disumpah atau berhantu? Selain angka 13, ada masyarakat China, Jepun dan Korea yg fobia terhadap angka 4. Kerana dalam bahasa Mandarin atau bahasa Tionghua, sebutan 'empat'  dan 'mati' adalah sama. Sebilangan pihak masih memutarbelitkan fakta ini dengan menyebut bahawa angka '4' disebabkan dari angka 13 yg dicampur iaitu '1+3=4'.
         Dalam budaya masyarakat Itali pula, angka 17 dianggap sial atau disumpah. Angka roman 17 atau XVII boleh ditukar kepada VIXI yg bermaksud 'saya pernah hidup' dalam bahasa latin atau maksudnya 'sekarang saya sudah mati'. Di Sepanyol, 13 turut dianggap angka yg sial tetapi bukan pada hari jumaat. Dalam kepercayaan mereka, hari selasa yg jtuh pada 13hb dianggap hari yg sial atau disumpah.


Walau apa pun, angka bukanlah penentu hidup dan mati seseorang. Hanya ALLAH sahaja yg mampu menghidup dan mematikan. Jika ALLAH sebut jadi, maka jadilah ia.


Kisah Benar: Memeluk Islam Kerana Mengkaji Wudhu

Prof Leopod Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria menemui sesuatu yg menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yg sangat mengejutkan. Bahawa pusat saraf yg paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan dan kaki. Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yg membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan. Dengan sentiasa membasuh air-air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels. Wuduk dah terbatal? Jom renew wuduk. Apa kata kita saling ingat-mengingatkan sesama kita. Bermula dengan diri sendiri, kemudian kita ingatkan kepada keluarga kemudian kepada teman-teman. InshaAllah. Sesungguhnya melakukan nasihat dan saling mengingatkan itu tidak sia-sia. Tidak sama sekali.


Tidak akan ada sesuatu pun amalan di dalam Islam itu mendatangkan penyakit. Malah setiap amalan itu didatangkan dengan kesihatan dan penyembuhan.

Titanic Tenggelam Dalam Surah Yasin.


Ucaplah subhanALLAH.. Siapa yg tidak tahu kisah tragik kapal RMS Titanic tenggelam di tengah laut Atlantik Utara tahun 1912. Ramai sedia maklum bahawa kapal gergasi yang mewah ketika itu tenggelam kerana melanggar bongkah ais gergasi. Dengan sedikit sahaja kebocoran, kapal Titanic yg dibina dalam masa tiga tahun itu tenggelam dalam masa 3 jam sahaja. Tetapi para sarjana dan ilmuwan terkemuka dunia yg mengkaji sejarah kapal itu menemui hasilnya yg amat mengejutkan. Baca balik surah yasin ayat ke 41 hingga ayat ke 44..

 لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
41. Dan suatu tanda(kebesaran ALLAH yg besar) bagi mereka adalah bahwa Kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yg penuh muatan.

وَآيَةٌ لَّهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ
42. dan Kami ciptakan untuk mereka yg akan mereka kendarai seperti bahtera itu [1269]. [1269] maksudnya; binatang-binatang tunggangan, dan alat-alat pengangkutan umumnya.

وَخَلَقْنَا لَهُم مِّن مِّثْلِهِ مَا يَرْكَبُونَ
43. dan jika Kami menghendaki niscaya kami tenggelamkan mereka, maka tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan.

وَإِن نَّشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا هُمْ يُنقَذُونَ
44. Tetapi (Kami selamatkan mereka) karena rahmat yg besar dari Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai kepada suatu ketika.

Dan mereka turut menyatakan bahawa maksud dari potongan itu bahawa berdasarkan kenyataan bongkak kapten kapal Titanic iaitu Kapten Edward J.Smith.
"Tuhan sendiri tidak dapat menenggelamkan kapal ini. Dengan pengalaman lebih 40 tahun, tidak ada satu pelayaran di bawah saya pun yg pernah gagal saya kendalikan walau dalam apa jua keadaan laut yg menggila.." Kenyataan beliau itu cukup menunjukkan bahawa mereka telah lupa ada kuasa yg jauh lebih hebat iaitu Tuhan. "Hasil" daripada kenyataan bongkak itu, Tuhan mentakdirkan kapal itu belayar 3 hari sahaja dan lautan Atlantik Utara menjadi perkuburan besar bagi hampir 1500 orang "mangsa" Titanic. SubhanALLAH..

Lipas berkeliaran dalam bilik..

Assalamualaikum, selamat pagi. Tagline seperti biasa, mulakan harimu dengan senyuman. Bukan senyum biasa, senyum kambing okey~ haaa.. :D Tapi kena pastikan senyum masa tengah sorang-soranglah. Nanti kalau orang nampak, orang ingat tak betul pulak kan. xD Tapi eiqa tak boleh nak senyumlah pagi ni~ walaupun malam tadi eiqa tidur awal dalam pukul 11.15pm. Malam tadi abah kerja. Jadi eiqa temanlah mak tidur. Angkutlah sikit 2 biji bantal dengan selimut tebal. Tak tahanlah sejuk aircond ni sebab tu bwk selimut tebal. Kalau dah tak tahan sejuk sangat, eiqa boleh berselubung terus dalam selimut tu.. heheh. Eiqa pun bentang cadar, susun bantal, tutup lampu lepas tu tidurlah seperti biasa. Dalam tengah on the way nak pergi ke alam mimpi tu, tiba-tiba eiqa terdengar bunyi something kat bwah tikar sebelah eiqa tempat tidur. Eiqa pun cepat-cepatlah bangun. Tengok-tengok lipas 2,3 ekor keluar dari bawah tikar tu. Berderau darah eiqa ni. Eiqa ni pulak dahlah jenis takut dengan lipas walaupun sekor. Inikan 2,3 ekor camtu. Besar-besar pulak tu. Eiqa mintak-mintak sangatlah lipas tu tk merayap atas tempat tidur eiqa. Nak bunuh, geli pulak. Tapi mak suruh bunuh je. Tertahan-tahan tangan ni nak bunuh. Tapi kalau tak bunuh, memang tak tidur malamla eiqa jawabnya. Tapi last sekali eiqa bunuh jugak. Dapatlah bunuh dua ekor. Ingatkan dah selesailah.Rupa2nya ada lagi 2 ekor! Ya Allah.. Memang nightmare betul lah malam tadi. Mana pulak datang lipas bnyak2 ni. >.<  Eiqa pun ketukla dengan botol bedak. Sekali tak kena. Dahla tak kena, lipas tu boleh merayap pulak atas tempat tidur eiqa. Eiqa pulak berada di situ. Apalagi terjerit2 lah tengah malam tu. -,-' Mak pulak suruh diam nanti jiran-jiran dengar pulak. Nak diam macam mana, fobia, trauma semua ada. Sampai sudah eiqa tak dapat pukul lipas tu sebab akhirnya dia masuk bwh almari dan tak keluar lagi. Pukul 1pagi baru dapat tidur.. Adoii~

kebanyakkan orang camni kan.. Tapi eiqa dua2 takut. tak terbang takut, terbang lg lah takut. . >.<

Agaknya lipas tu suka camni kacau eiqa tidur malam tadi. -_-'

Peringatan untuk kaki buli.

Awas ye kpd budak-budak kaki buli tu. Patient level seseorang tu ada limitnya. Jangan sampai korang jadi macam budak yg tunjuk kuat macam kat dalam video nih. Sudahnya dia yang parah. Tak payahlah nk tunjuk samseng sangat dekat sekolah. Kalau kena jerkah dengan cikgu disiplin korang terkencing jugak dalam seluar. Menggigil satu badan kan. Kalau setakat nak tunjuk samseng dengan budak2 baya korang, rendah dari korang tak payahla nk berlagak. Pengecut namanya tu. Tunjuk berani dengan budak-budak yg lemah je. Tapi kena ingat juga, tahap sabar ada batasnya jugak. Jangan sampai terjadi sesuatu diluar jangkaan nanti parah pulak korang dikerjakn. Masa tu baru korang tahu tinggi rendah langit.




Inilah budak yg dibuli tu (casey heynes) yang akhirnya hilang sabar sampai buat bodyslam kat budak tuh.. Terbaekkk. hahah



'Face Of Evil' Budak ni lah yg kne bodyslam dengan Casey Heynes. Haa.. Insaf dah ke ? ^_^



Sudahnya siapa yang menangis? XD

Sayangnya~

Masa idea tengah datang bertubi-tubi, macam penulis berkarismalah pula, jari ni laju je menaip. Perenggan okey, ayat okey, dialog dah okey, jalan cerita pun okey.. Fuh, ini kalau hantar dekat laman web ilham grupbuku karangkraf ni mesti dapat rating tertinggi nih.(muka perasan dah masa ni) bukan senang nk datang idea mencurah-curah. Selalunya, jenuh nak kena gali baru keluar idea tu. Itu pun dah gali sampai 12 kaki baru timbul. Dalam tengah sedap-sedap mengarang cerita tu, tiba-tiba my daddy coming kata nk guna komputer. Alamak, orang tengah banyak idea nak menulis ni ganggu pulaklahh.. -_-' Eiqa pun klik sana, klik sini, byk sgt benda nk kena tutup ni, fail tu, fail ni. Sekali terdelete sekali dengan manuskrip yang eiqa baru buat tuh ! Aduh, 'emas' akuuuu~ terbang melayang sekelip mata. Bukan sikit bhai.. dah nak masuk 4 muka surat. Aduh, sayangnya~ tula, laju sangat klik. Macam professional sangat je. Sudahnya, padan muka aku~ >.< Terpaksalah karang balik semula. Arghh~ tensionnya..tensionnya.. >.<

Ini salah satu cerpen yang eiqa dah siapkan, dan telah pun dihantar kpd lmn web ilham grupbuku karangkraf. kalo nk baca cerita ni, pegi dekat sini. http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=952&idc=4941#.UXJGzaJHKBU tapi cerpen ni baru chapter 1. final episode, tgu chapter 2 akn datang.. heheh.. ^_^


Dan cerpen yg ini pula sudah lama eiqa siapkan. Telah pun diterbitkan di dalam Ilham grupbuku karangkraf. klik link ni pada yg berminat nak membacanya.. http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=656&idc=3264#.UXJI86JHKBU


Dapat gak belajar buat kek batik..!

Cis, tak puaslah makan kek batik. Kalau boleh nak hari-hari buat.. Bukan susah pun, senang sangat. Ramai orang cakap buat kek batik susah. Tapi bila belajar, takde lah susah mana pun. Cuma campurkan semua bahan-bahan dalam kuali, buka api, kacau sampai pekat then masuk dlm bekas, simpan dlm peti ais. Eiqa cuma perlu ambil masa setengah jam saja nak buat. Bahan-bahan pun tak rumit. Telur 6 biji, 2 cawan serbuk milo, susu 1 tin, butter, nestum 1 cawan, air, dan biskut marie. Lebih kurang camni la bahan dia. Bila dah simpan dalam peti ais tu dah tak sabar rasanya nk makan.. hehehe. Kali pertama buat, termanis sangatlah pulak. Kali kedua, kurang susu cket baru seimbang rasanya. Sedap. Sape yang tak suka kek batik kalo kena cara masaknya kann.. ;) 



Ambil Tempahan Ayam Golek Special..

Mari ! Mari ! Mari makan ayam golek special kami ! da macam kat pasar malam pulak rasanya..heheheh. Sape-sape yang ada nak buat kenduri kawen dekat sekitar area KL dengan selangor tu, bolehla contact workers ayam golek special ditalian 0192493819.. Harga berpatutan punya.. Bakar ayam pun dalam mesin panggang. Tak ada asap bebeh ! bagitau tarikh, masa dan tempatnya, kami akan sampai menemui korang semua k..


Haa.. cenggini lah rupa ayam golek special kami.. sos dia pun sos special... Ramai yang cakap sos black pepper ni sedap. Kalo teringin, jangan segan-segan nak tempah ayam golek kami k.. ^_^


Ini masa pegi golek ayam dekat ampang.. Ada customer yg order.. Alhamdulillah.. dapat jugak merasa sikit..Rasa macam nk habiskan sekor pulak. >.<


Seronok tengok diorang makan.. hasil titik peluh workers yang sangat berbaloi.. ^_^ sape yang nak ambil tempahan tu, jangan lupa hubungi kami.. :)

Sunan Musafir..

Eiqa ni dah lama mengidam nak baca novel Ramlee Awang Murshid yg bertajuk Sunan Musafir ni.. "Allah menciptakan cinta, dan cinta itu fitrah manusia.." Ayat pun cantik, dengar tajuk pun macam dah best, ceritanya eiqa rase ummph! lagi mengancamlah. Eiqa pulak memang pembaca setia novel RAM ni.. Nak2 pulak kalo novel thriller dia. Walaupun cerita RAM banyak bermain dengan fantasi, sehinggakan kadang-kadang tu eiqa tak paham. Kalo eiqa xpaham, eiqa akan ulang balik sampai eiqa paham. Tapi klo masih ada yg eiqa xpaham, ah lantaklah! Yg penting tak sabar nak tau kisah seterusnya.. hehehe.

Eiqa rasa kan cerita Sunan Musafir ni macam sambungan dengan cerita Rayyan Fantasi lah pulak. Sebab nama watak pun Laksamana Sunan. Rayyan Fantasi tu sejak dari tahun lepas lagi eiqa dah bace. Jadi eiqa xberapa ingatlah nama-nama watak tu. Jadi, eiqa xberapa nak pasti. Agak-agak aje.^.^ Novel RAM ni kan memang membuatkan kita betul-betul berada didunia dalam buku tu. Sampai eiqa xsedar sekeliling eiqa bila dah baca novel RAM.. Begitu hebatnya aura penulisan RAM sehingga membuatkan eiqa sendiri seakan-akan berada didunia fantasi.
Memang dah banyak koleksi-koleksi RAM yg dah beli. Bila pegi kedai buku tengok ada novel RAM, mak pun terus capai dan beli tanpa perlu berfikir panjang lagi. hehehe. Tak macam eiqa, nak ambek takut. Bila tengok harga, boleh tahan jugak. Makan KFC pun lepas ni. ^o^  Tapi bila mak dah beli, yes! yes! seronok pulakk.. Tumpang bace sekali. hihihi.

Ini antara kebanyakkan novel RAM yg eiqa dah ade.. ada 2,3 je yg eiqa xde.. laen sume dah ade.. ^.^

Indahnya Seni Khat..

Sempena hari bagi penghulu segala hari, eiqa nak update pasal tulisan khat yang sangat indah dan cantik ni. Eiqa sebenarnya dah jatuh cinta dengan tulisan khat yg bagi eiqa, tulisan ini sangatlah berseni sekali. Tulisan khat terdiri daripada beberapa jenis nama dan cara penulisannya yang berbeza. Dulu eiqa ingat, tulisan khat ni semua sama je. Tapi bila diamati betul-betul, memang berbeza. Malah memang banyak nama-namanya yang kebanyakkan orang tak tahu.

Ini jenis-jenis nama tulisan khat:-

1. Khat Tuluth
2. Khat Nasakh
3. Khat Dewani
4. Khat Dewani Jali
5. Khat Koufi
6. Khat Farisi
7. Khat Riq'ah

Ini adalah sebahagian yg biasanya memang sering digunakan dalam penulisan khat. Tetapi sebenarnya masih ada 90 lebih atau banyak lagi jenis-jenis khat. Tulisan yang paling popular dan sering digunakan, adalah tulisan khat nasakh. Yang dimana sering terdapat didalam al quran mahupun muqaddam. Tulisan kedua yg popular selain dari tulisan khat nasakh ialah tulisan khat tuluth. haa.. tulisan seperti ini sering kita dapati dikedai-kedai yg menjual tulisan ayat al quran didalam bingkai. Tulisan seperti ini seringkali berada dirumah-rumah orang termasuklah dirumah eiqa sendiri.


                                                                    
                                                                    Khat Diwani

Ini salah satu tulisan khat yg agak popular jugak. Tulisan diwani ni juga salah satu tulisan khat yg paling eiqa suka. Cuba tengok hasil ukiran seni tulisan diwani yg pada pandangan eiqa, sangat lembut hasil seninya. Bukan mudah untuk menulis dengan gaya penulisan seperti ini. 




                                                                        Khat Kufi

Jika tadi tulisan khat diwani nampak lebih seperti beralun-alun, ini pula tulisan khat kufi yg nampak lebih seperti bersegi-segi. Namun sayang, penulisan khat kufi ini semakin dilupai ramai..

Semoga seni khat yg indah ini tidak akan dilupakan sampai bila-bila..:)  

Jauhkan Ikan Keli Dari Akuuuu !!


Hari ni eiqa masak gulai ikan keli. Bila mak sebut saja ari ni nak masak gulai ikan keli, eiqa dah mule kecut perut bila terbayangkan ikan keli yg meliuk lentuk siap berlendir lagi tuh. Eee!>.< Pagi tadi tengah duk sedap-sedap watching citer superman, mak eiqa pun panggil eiqa dan suruh eiqa simpan ikan keli kat dalam plastik tu didalam peti ais. Sebab nak bagi dia mati dulu. Bila mak eiqa sebut je perkataan 'nak bagi dia mati dulu' tu, jantung eiqa dah mula berdegup kencang dahhhh.. Itu maknanya ikan keli tu masih hidup! Kalau dah mati gagahlah jugak lagi nak pegang. Tapi kalau masih hidup, selisih malaikat 44 lah aku nak dekat sama sekali.-,-  Tapi mak tetap suruh jgk simpan walaupun sebenarnya eiqa tak nak. Dalam keadaan terpaksa, eiqa pun beranikanlah diri nak gi dekat ngan plastik yg berbungkus ikan keli tu. Tengok ikan tu tak bergerak pun eiqa pun mula lah melangkah setapak lagi dengan jantung yg berdebar-debar. Sebaik saja eiqa berada lbh kurang beberapa meter je dari plastik tu, ikan keli tu boleh bergerak pulak. Apa lagi, terkejut arh eiqa. Siap dengan jerit sekali. "Taknak! Taknak!" lebih kurang camtuh r. Seb bek eiqa tak ade sakit jntung. Kalo x, dah lame pengsan kt ctu. Dah apa lagi, eiqa pun tgglkn je ikan keli tuh kt ctu, eiqa lari balik gi ruang tamu, ngadap citer superman smule.. Mak lak boleh hentam gelak terkekeh-kekeh. Yg eiqa nih dah ketaq satu badan. sabo jela~ -,-' last2 abh eiqa yg gi simpan kan. Siap sempat mengajuk eiqa mase tgh terkejut lagi.. haishh! (Mintak sangat2 agar lepas ni tak ada pengalaman dengan ikan keli hidup lagi)

Boleh selamber dek jer mamat nih main-main ngan ikan keli sebesar tuh. Eiqa yg tengok pic ni je pun dah takut. Belom kalau pegang lagi. jauhkan.. jauhkan.. jauhkannnn..! -,-'

Megi Kari diOlah Jadi Megi Goreng?!


Tengahari ni eiqa cuma makan megi jer.. Bila perut nih da lapar, mule arh akal ni mule fikir nk mereka masakan.. Disebabkan tengahari ni cuma menjamu megi semate, jadi eiqa taknaklah betul2 makan megi kosong jer.. Bila teringat megi, mule arh teringat megi goreng. Walaupun tadi adik cuma beli megi kari tapi dalam otak nih tetap teringat kat megi goreng.. -,-' sebenarnya eiqa tak berapa gemar makan makanan yg berkuah.. so, eiqa pun tak brpa nk suke arh kt megi kari ni.. Disebabkan adik dah beli megi kari, otak eiqa nih pun mula r nak mengolah megi kari tu menjadi megi goreng.. Dengan menggunakan akal fikiran yg tersangat-sangatlah clever ini, eiqa pun memulakan projek masak-memasak didapur..^.^  bubuh ini, bubuh itu, campak ini dan campak itu, "ermm, jadi ke tidak megi goreng aku yg berperisa kari ni?" ah, lantaklah! apa nk jadi, jadilah.. yg nk makan pun aku sorang jer..>.< ketung, ketang, ketung, ketang maka dengan itu siaplah eksperimen megi kari bertukar menjadi megi goreng.. Cuma menunggu masa untuk merasa je. Rasa punya rasa, fuhh! boleh tahan jgk.. sedap gak nih. :D Cuma meginye terlembik cket, mungkin td rebus megi agk lame kot.. Tapi oklah tu. bru 1st eksperimen dah boleh tahan gak rasanya. Laen kali bolehla cuba lagi.. hehehe.. :D

Newer Entries » « Older Entries

si kacak, si cantik, dan si comel..

My Entries..

get this widget here

About This Site



Cool Transparent Green Pointer