Kebanyakan masyarakat barat atau mungkin ramai penduduk di seluruh dunia percaya yg nombor 13 adalah angka yg membawa sial. Angka yg disumpah dan 'berhantu' sehingga menyebabkan penggunaan angka berkenaan akan membawa malang atau maut kepada mereka yg mengamalkannya. Kepercayaan masyarakat barat kononnya menganggap angka 13 sebagai angka sial, disumpah dan berhantu dipercayai bermula daripada ajaran kristian apabila iblis iaitu ketua syaitan pada asalnya dianggap sebagai malaikat ke-13 tetapi ia digugurkan kerana menderhaka kepada Tuhan. Selain itu, pada majlis 'Santapan Terakhir' yg dipercayai dalam doktrin agama kristian, rakan yg mengkhianati Jesus iaitu Judas adalah lelaki yg ke 13 duduk dimeja makan. Ketika ahli sihir Rom purba menyeru kehadiran syaitan pula, mereka akan berkumpul seramai 12 orang dan orang ke-13 yg hadir pada upacara itu adalah jelmaan syaitan. Sesetengah penyelidik beranggapan bahawa fobia terhadap angka itu berasal daripada kepercayaan tahyul manusia pada zaman kuno. Manusia pada zaman itu dikatakan mengira sehingga nombor 12 atau sedozen dan angka selepas itu iaitu dikatakn mewakili unsur ghaib. Masyarakat barat mengira angka yg diberi nama sehingga angka terakhir adalah 12 atau 'twelve' dan angka seterusnya iaitu bermula angka 13, dimulai dengan gabungan angka iaitu 'thirdteen', 'fourteen' dan seterusnya. Kiraan bulan dalam setahun juga sehingga bulan ke-12 dan tidak ada bulan ke-13. Selain itu, kepercayaan terhadap sumpahan angka 13 turut berasal daripada pegangan kaum Vikings. Dikisahkan bahawa ketika 12 dewa Norse sedang mengadakan majlis makan malam, tiba-tiba datang Loki iaitu dewa yg tidak diundang ke majlis berkenaan. Loki dianggap tetamu ke 13 pada majlis itu dan menjadi perancang utama pembunuhan Baldr, dewa kegembiraan. Kematian Baldr menyebabkan seluruh dunia menjadi gelap dan hari itu tidak lagi disinari kegembiraan atau dengan kata lain adalah hari itu sial dan malang.  Menerusi kisah berkenan jugalah wujudlah kepercayaan tahyul yg kononnya apabila 13 orang berkumpul, maka seorang daripada mereka akan mati.
Fobia itu diperkuatkan lagi dengan beberapa kejadian aneh yg berlaku membabitkan angka 13 terutama membabitkan hari jumaat yg jatuh pada tarikh hari itu. Penahanan dan pembunuhan pasukan Knights Templar dalam perang salib berlaku pada hari jumaat, 13 Oktober 1307.

 
Pada jumaat 13 Oktober 1066 juga menjadi hari terakhir pemerintahan King Saxon Harold II sebelum dia dibunuh Duke of Normandy, William. Ekspedisi ke bulan menggunakan pesawat Apollo 13 dianggap gagal kerana ia menyandang nombor 13 malah diterbangkan pada jam 13:13 EST pada 11 April 1970.
         Seorang lelaki iaitu Arnold Schoenberg yang menderita triskaidekafobia didapati lahir dan meninggal pada tanggal 13 haribulan. Institut Fobia dan Pengurusan Tekanan AS di Utara Carolina menyatakan bahawa pelbagai industri di negara itu kerugian antara AS$800 hingga AS$900 juta pada hari jumaat yg jatuh pada 13 hb berikutan ramai penduduk enggan menaiki penerbangan atau keluar rumah pada hari itu. Justeru, benarkah angka 13 adalah angka sial, disumpah atau berhantu? Selain angka 13, ada masyarakat China, Jepun dan Korea yg fobia terhadap angka 4. Kerana dalam bahasa Mandarin atau bahasa Tionghua, sebutan 'empat'  dan 'mati' adalah sama. Sebilangan pihak masih memutarbelitkan fakta ini dengan menyebut bahawa angka '4' disebabkan dari angka 13 yg dicampur iaitu '1+3=4'.
         Dalam budaya masyarakat Itali pula, angka 17 dianggap sial atau disumpah. Angka roman 17 atau XVII boleh ditukar kepada VIXI yg bermaksud 'saya pernah hidup' dalam bahasa latin atau maksudnya 'sekarang saya sudah mati'. Di Sepanyol, 13 turut dianggap angka yg sial tetapi bukan pada hari jumaat. Dalam kepercayaan mereka, hari selasa yg jtuh pada 13hb dianggap hari yg sial atau disumpah.


Walau apa pun, angka bukanlah penentu hidup dan mati seseorang. Hanya ALLAH sahaja yg mampu menghidup dan mematikan. Jika ALLAH sebut jadi, maka jadilah ia.