puasa kan? jaga mulut, jaga hati, jaga mata, jaga telinga..

Assalamualaikum. selamat pagi. Pagi Ramadhan pertama. Alhamdulillah, bersyukurlah kita kerana masih lagi ada kesempatan untuk menyambut ramadhan sekali lagi. Marilah kita beristikharah, berubah menjadi lebih baik. Jaga hati, jaga mulut, mata, dan juga telinga daripada benda-benda yang tidak baik. Yang boleh membatalkan puasa kita. Memperkuatkan lagi iman kita. InsyaALLAH, jika niat kita baik, ALLAH pasti tolong. Yang paling penting, sentiasalah bersangka baik dengan ALLAH. Peringatan untuk diri sendiri jugak ni haa.. Jika kita sentiasa bersangka baik dengan ALLAH, semua perkara yang kita lakukan ALLAH permudahkan. Jangan cepat melatah. Bersabar dan berdoa supaya dikuatkan lagi iman itu.

Kita ni manusia biasa, banyak buat silap. Kadang-kadang small matter pun boleh silap kan. Yang suka mengumpat tu jika tak boleh nak ubah sikap tu untuk tak mengumpat orang selamanya, sekurangnya ambillah cuti sebulan pada bulan yg mulia ini untuk tak mengumpat orang. Dekatkan diri dengan ALLAH. Pahala pun dapat kan. ^_^ Apa salahnya kita berubah pada bulan mulia ini. Dari yg tidak baik, menjadi yg lebih baik. Mereka yang sudah berhijrah pula, alhamdulillah. Syukur, kerana ALLAH membuka pintu hati itu untuk berubah. Tapi tak semestinya kena tunggu petunjuk dari ALLAH baru nak berubah. Cuma fikir satu je. Kalau nak masuk syurga, jagalah aurat, solatlah. Ikut segala suruhanNYA. Sememangnya itu tanggungjawab kita sebagai manusia. Jika hendak kembali ke tempat asal iaitu syurga,  bawalah bekalan ilmu dan amal ibadat kita untuk ke sana. Eh, dah macam ustazah pulak kita.. heheehe. Aminn.. Mana tahu, satu hari nanti jadi ustazah ke kan.. Tp takpela tak dapat jadi ustazah pun.. Jadi wanita yang solehah pun dah cukup.. ^_^


Ramadhan, Bulan yang mulia..


Ramadhan tiba lagi! Esok nak puasa, arini dah ramai yg tutup kedai, tak berniaga dah. Adoi, ape salahnya kalau berniaga sehari lagi? Pagi2, customer cari sarapan pun susah. Bulan puasa makin banyak dugaan. Bukan dugaan tahan lapar dan dahaga saja. Macam-macam dugaan yg datang. Bersyukurlah kita dianugerahkan dugaan-dugaan yg sering menguji kesabaran kita. Ada 'reward' yg besar ALLAH akan bagi untuk orang-orang yg banyak bersabar menghadapi dugaan. Terutama sekali pada bulan puasa. Bulan yg mulia ni. Bibir tak putus-putus berdoa, semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita pada bulan mulia ni. Ramai yg dah pacak tiang nk bukak bazaar ramadhan besok. berpusu-pusulah orang di bazaar ramadhan nanti. Korang selalu beli apa di bazar ramadhan? Apa juadah berbuka puasa korang pada puasa pertama? Yang penting, jangan membazir ok. Membazir itu kan amalan syaitan. ^_^ Di kesempatan ini eiqa ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam. Puasa jangan tak puasa k.. heheheh.


Newer Entries » « Older Entries

si kacak, si cantik, dan si comel..

My Entries..

get this widget here

About This Site



Cool Transparent Green Pointer