Assalamualaikum. selamat pagi. Pagi Ramadhan pertama. Alhamdulillah, bersyukurlah kita kerana masih lagi ada kesempatan untuk menyambut ramadhan sekali lagi. Marilah kita beristikharah, berubah menjadi lebih baik. Jaga hati, jaga mulut, mata, dan juga telinga daripada benda-benda yang tidak baik. Yang boleh membatalkan puasa kita. Memperkuatkan lagi iman kita. InsyaALLAH, jika niat kita baik, ALLAH pasti tolong. Yang paling penting, sentiasalah bersangka baik dengan ALLAH. Peringatan untuk diri sendiri jugak ni haa.. Jika kita sentiasa bersangka baik dengan ALLAH, semua perkara yang kita lakukan ALLAH permudahkan. Jangan cepat melatah. Bersabar dan berdoa supaya dikuatkan lagi iman itu.

Kita ni manusia biasa, banyak buat silap. Kadang-kadang small matter pun boleh silap kan. Yang suka mengumpat tu jika tak boleh nak ubah sikap tu untuk tak mengumpat orang selamanya, sekurangnya ambillah cuti sebulan pada bulan yg mulia ini untuk tak mengumpat orang. Dekatkan diri dengan ALLAH. Pahala pun dapat kan. ^_^ Apa salahnya kita berubah pada bulan mulia ini. Dari yg tidak baik, menjadi yg lebih baik. Mereka yang sudah berhijrah pula, alhamdulillah. Syukur, kerana ALLAH membuka pintu hati itu untuk berubah. Tapi tak semestinya kena tunggu petunjuk dari ALLAH baru nak berubah. Cuma fikir satu je. Kalau nak masuk syurga, jagalah aurat, solatlah. Ikut segala suruhanNYA. Sememangnya itu tanggungjawab kita sebagai manusia. Jika hendak kembali ke tempat asal iaitu syurga,  bawalah bekalan ilmu dan amal ibadat kita untuk ke sana. Eh, dah macam ustazah pulak kita.. heheehe. Aminn.. Mana tahu, satu hari nanti jadi ustazah ke kan.. Tp takpela tak dapat jadi ustazah pun.. Jadi wanita yang solehah pun dah cukup.. ^_^