Sunan Musafir..

Eiqa ni dah lama mengidam nak baca novel Ramlee Awang Murshid yg bertajuk Sunan Musafir ni.. "Allah menciptakan cinta, dan cinta itu fitrah manusia.." Ayat pun cantik, dengar tajuk pun macam dah best, ceritanya eiqa rase ummph! lagi mengancamlah. Eiqa pulak memang pembaca setia novel RAM ni.. Nak2 pulak kalo novel thriller dia. Walaupun cerita RAM banyak bermain dengan fantasi, sehinggakan kadang-kadang tu eiqa tak paham. Kalo eiqa xpaham, eiqa akan ulang balik sampai eiqa paham. Tapi klo masih ada yg eiqa xpaham, ah lantaklah! Yg penting tak sabar nak tau kisah seterusnya.. hehehe.

Eiqa rasa kan cerita Sunan Musafir ni macam sambungan dengan cerita Rayyan Fantasi lah pulak. Sebab nama watak pun Laksamana Sunan. Rayyan Fantasi tu sejak dari tahun lepas lagi eiqa dah bace. Jadi eiqa xberapa ingatlah nama-nama watak tu. Jadi, eiqa xberapa nak pasti. Agak-agak aje.^.^ Novel RAM ni kan memang membuatkan kita betul-betul berada didunia dalam buku tu. Sampai eiqa xsedar sekeliling eiqa bila dah baca novel RAM.. Begitu hebatnya aura penulisan RAM sehingga membuatkan eiqa sendiri seakan-akan berada didunia fantasi.
Memang dah banyak koleksi-koleksi RAM yg dah beli. Bila pegi kedai buku tengok ada novel RAM, mak pun terus capai dan beli tanpa perlu berfikir panjang lagi. hehehe. Tak macam eiqa, nak ambek takut. Bila tengok harga, boleh tahan jugak. Makan KFC pun lepas ni. ^o^  Tapi bila mak dah beli, yes! yes! seronok pulakk.. Tumpang bace sekali. hihihi.

Ini antara kebanyakkan novel RAM yg eiqa dah ade.. ada 2,3 je yg eiqa xde.. laen sume dah ade.. ^.^

Indahnya Seni Khat..

Sempena hari bagi penghulu segala hari, eiqa nak update pasal tulisan khat yang sangat indah dan cantik ni. Eiqa sebenarnya dah jatuh cinta dengan tulisan khat yg bagi eiqa, tulisan ini sangatlah berseni sekali. Tulisan khat terdiri daripada beberapa jenis nama dan cara penulisannya yang berbeza. Dulu eiqa ingat, tulisan khat ni semua sama je. Tapi bila diamati betul-betul, memang berbeza. Malah memang banyak nama-namanya yang kebanyakkan orang tak tahu.

Ini jenis-jenis nama tulisan khat:-

1. Khat Tuluth
2. Khat Nasakh
3. Khat Dewani
4. Khat Dewani Jali
5. Khat Koufi
6. Khat Farisi
7. Khat Riq'ah

Ini adalah sebahagian yg biasanya memang sering digunakan dalam penulisan khat. Tetapi sebenarnya masih ada 90 lebih atau banyak lagi jenis-jenis khat. Tulisan yang paling popular dan sering digunakan, adalah tulisan khat nasakh. Yang dimana sering terdapat didalam al quran mahupun muqaddam. Tulisan kedua yg popular selain dari tulisan khat nasakh ialah tulisan khat tuluth. haa.. tulisan seperti ini sering kita dapati dikedai-kedai yg menjual tulisan ayat al quran didalam bingkai. Tulisan seperti ini seringkali berada dirumah-rumah orang termasuklah dirumah eiqa sendiri.


                                                                    
                                                                    Khat Diwani

Ini salah satu tulisan khat yg agak popular jugak. Tulisan diwani ni juga salah satu tulisan khat yg paling eiqa suka. Cuba tengok hasil ukiran seni tulisan diwani yg pada pandangan eiqa, sangat lembut hasil seninya. Bukan mudah untuk menulis dengan gaya penulisan seperti ini. 




                                                                        Khat Kufi

Jika tadi tulisan khat diwani nampak lebih seperti beralun-alun, ini pula tulisan khat kufi yg nampak lebih seperti bersegi-segi. Namun sayang, penulisan khat kufi ini semakin dilupai ramai..

Semoga seni khat yg indah ini tidak akan dilupakan sampai bila-bila..:)  

Jauhkan Ikan Keli Dari Akuuuu !!


Hari ni eiqa masak gulai ikan keli. Bila mak sebut saja ari ni nak masak gulai ikan keli, eiqa dah mule kecut perut bila terbayangkan ikan keli yg meliuk lentuk siap berlendir lagi tuh. Eee!>.< Pagi tadi tengah duk sedap-sedap watching citer superman, mak eiqa pun panggil eiqa dan suruh eiqa simpan ikan keli kat dalam plastik tu didalam peti ais. Sebab nak bagi dia mati dulu. Bila mak eiqa sebut je perkataan 'nak bagi dia mati dulu' tu, jantung eiqa dah mula berdegup kencang dahhhh.. Itu maknanya ikan keli tu masih hidup! Kalau dah mati gagahlah jugak lagi nak pegang. Tapi kalau masih hidup, selisih malaikat 44 lah aku nak dekat sama sekali.-,-  Tapi mak tetap suruh jgk simpan walaupun sebenarnya eiqa tak nak. Dalam keadaan terpaksa, eiqa pun beranikanlah diri nak gi dekat ngan plastik yg berbungkus ikan keli tu. Tengok ikan tu tak bergerak pun eiqa pun mula lah melangkah setapak lagi dengan jantung yg berdebar-debar. Sebaik saja eiqa berada lbh kurang beberapa meter je dari plastik tu, ikan keli tu boleh bergerak pulak. Apa lagi, terkejut arh eiqa. Siap dengan jerit sekali. "Taknak! Taknak!" lebih kurang camtuh r. Seb bek eiqa tak ade sakit jntung. Kalo x, dah lame pengsan kt ctu. Dah apa lagi, eiqa pun tgglkn je ikan keli tuh kt ctu, eiqa lari balik gi ruang tamu, ngadap citer superman smule.. Mak lak boleh hentam gelak terkekeh-kekeh. Yg eiqa nih dah ketaq satu badan. sabo jela~ -,-' last2 abh eiqa yg gi simpan kan. Siap sempat mengajuk eiqa mase tgh terkejut lagi.. haishh! (Mintak sangat2 agar lepas ni tak ada pengalaman dengan ikan keli hidup lagi)

Boleh selamber dek jer mamat nih main-main ngan ikan keli sebesar tuh. Eiqa yg tengok pic ni je pun dah takut. Belom kalau pegang lagi. jauhkan.. jauhkan.. jauhkannnn..! -,-'

Megi Kari diOlah Jadi Megi Goreng?!


Tengahari ni eiqa cuma makan megi jer.. Bila perut nih da lapar, mule arh akal ni mule fikir nk mereka masakan.. Disebabkan tengahari ni cuma menjamu megi semate, jadi eiqa taknaklah betul2 makan megi kosong jer.. Bila teringat megi, mule arh teringat megi goreng. Walaupun tadi adik cuma beli megi kari tapi dalam otak nih tetap teringat kat megi goreng.. -,-' sebenarnya eiqa tak berapa gemar makan makanan yg berkuah.. so, eiqa pun tak brpa nk suke arh kt megi kari ni.. Disebabkan adik dah beli megi kari, otak eiqa nih pun mula r nak mengolah megi kari tu menjadi megi goreng.. Dengan menggunakan akal fikiran yg tersangat-sangatlah clever ini, eiqa pun memulakan projek masak-memasak didapur..^.^  bubuh ini, bubuh itu, campak ini dan campak itu, "ermm, jadi ke tidak megi goreng aku yg berperisa kari ni?" ah, lantaklah! apa nk jadi, jadilah.. yg nk makan pun aku sorang jer..>.< ketung, ketang, ketung, ketang maka dengan itu siaplah eksperimen megi kari bertukar menjadi megi goreng.. Cuma menunggu masa untuk merasa je. Rasa punya rasa, fuhh! boleh tahan jgk.. sedap gak nih. :D Cuma meginye terlembik cket, mungkin td rebus megi agk lame kot.. Tapi oklah tu. bru 1st eksperimen dah boleh tahan gak rasanya. Laen kali bolehla cuba lagi.. hehehe.. :D

Newer Entries » « Older Entries

si kacak, si cantik, dan si comel..

My Entries..

get this widget here

About This Site



Cool Transparent Green Pointer