Hantu Gadget !

Lamanya tak menjengah blog. Dah bersarang dan berdebu. Bersih and sapu sikit-sikit tadi. Oklah tu kann. Setelah pelbagai dugaan, cabaran dan halangan yang eiqa tempuh sepanjang tahun akhirnya sekali lagi kita bertemu pada bulan ramadhan. Sudah 12 hari berpuasa rasa macam dah cukup lama. Cuaca pula semakin panas saban hari. Biasalah dugaan bulan puasa.

Bukan dah lupa pasal nak update blog. Tetapi disebabkan tiada peluang dan lebih-lebih lagi eiqa jarang guna komputer atau laptop.Sekarang ni dah jadi hantu gadget lah pulak. Kalau boleh 24 jam nak mengadap benda alah tu jelah. Hehehe. Nak pulak aplikasi WeChat sekarang tengah top. Jadi duk layan tu jelah siang malam.. hehehe. Oklah..Rasanya dah masa untuk eiqa masuk tidur. Esok nak bangun sahur pulak..
Assalamualaikum dan selamat malam.

puasa kan? jaga mulut, jaga hati, jaga mata, jaga telinga..

Assalamualaikum. selamat pagi. Pagi Ramadhan pertama. Alhamdulillah, bersyukurlah kita kerana masih lagi ada kesempatan untuk menyambut ramadhan sekali lagi. Marilah kita beristikharah, berubah menjadi lebih baik. Jaga hati, jaga mulut, mata, dan juga telinga daripada benda-benda yang tidak baik. Yang boleh membatalkan puasa kita. Memperkuatkan lagi iman kita. InsyaALLAH, jika niat kita baik, ALLAH pasti tolong. Yang paling penting, sentiasalah bersangka baik dengan ALLAH. Peringatan untuk diri sendiri jugak ni haa.. Jika kita sentiasa bersangka baik dengan ALLAH, semua perkara yang kita lakukan ALLAH permudahkan. Jangan cepat melatah. Bersabar dan berdoa supaya dikuatkan lagi iman itu.

Kita ni manusia biasa, banyak buat silap. Kadang-kadang small matter pun boleh silap kan. Yang suka mengumpat tu jika tak boleh nak ubah sikap tu untuk tak mengumpat orang selamanya, sekurangnya ambillah cuti sebulan pada bulan yg mulia ini untuk tak mengumpat orang. Dekatkan diri dengan ALLAH. Pahala pun dapat kan. ^_^ Apa salahnya kita berubah pada bulan mulia ini. Dari yg tidak baik, menjadi yg lebih baik. Mereka yang sudah berhijrah pula, alhamdulillah. Syukur, kerana ALLAH membuka pintu hati itu untuk berubah. Tapi tak semestinya kena tunggu petunjuk dari ALLAH baru nak berubah. Cuma fikir satu je. Kalau nak masuk syurga, jagalah aurat, solatlah. Ikut segala suruhanNYA. Sememangnya itu tanggungjawab kita sebagai manusia. Jika hendak kembali ke tempat asal iaitu syurga,  bawalah bekalan ilmu dan amal ibadat kita untuk ke sana. Eh, dah macam ustazah pulak kita.. heheehe. Aminn.. Mana tahu, satu hari nanti jadi ustazah ke kan.. Tp takpela tak dapat jadi ustazah pun.. Jadi wanita yang solehah pun dah cukup.. ^_^


Ramadhan, Bulan yang mulia..


Ramadhan tiba lagi! Esok nak puasa, arini dah ramai yg tutup kedai, tak berniaga dah. Adoi, ape salahnya kalau berniaga sehari lagi? Pagi2, customer cari sarapan pun susah. Bulan puasa makin banyak dugaan. Bukan dugaan tahan lapar dan dahaga saja. Macam-macam dugaan yg datang. Bersyukurlah kita dianugerahkan dugaan-dugaan yg sering menguji kesabaran kita. Ada 'reward' yg besar ALLAH akan bagi untuk orang-orang yg banyak bersabar menghadapi dugaan. Terutama sekali pada bulan puasa. Bulan yg mulia ni. Bibir tak putus-putus berdoa, semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita pada bulan mulia ni. Ramai yg dah pacak tiang nk bukak bazaar ramadhan besok. berpusu-pusulah orang di bazaar ramadhan nanti. Korang selalu beli apa di bazar ramadhan? Apa juadah berbuka puasa korang pada puasa pertama? Yang penting, jangan membazir ok. Membazir itu kan amalan syaitan. ^_^ Di kesempatan ini eiqa ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam. Puasa jangan tak puasa k.. heheheh.


Friday 13th: Angka 13 Angka Sial?

Kebanyakan masyarakat barat atau mungkin ramai penduduk di seluruh dunia percaya yg nombor 13 adalah angka yg membawa sial. Angka yg disumpah dan 'berhantu' sehingga menyebabkan penggunaan angka berkenaan akan membawa malang atau maut kepada mereka yg mengamalkannya. Kepercayaan masyarakat barat kononnya menganggap angka 13 sebagai angka sial, disumpah dan berhantu dipercayai bermula daripada ajaran kristian apabila iblis iaitu ketua syaitan pada asalnya dianggap sebagai malaikat ke-13 tetapi ia digugurkan kerana menderhaka kepada Tuhan. Selain itu, pada majlis 'Santapan Terakhir' yg dipercayai dalam doktrin agama kristian, rakan yg mengkhianati Jesus iaitu Judas adalah lelaki yg ke 13 duduk dimeja makan. Ketika ahli sihir Rom purba menyeru kehadiran syaitan pula, mereka akan berkumpul seramai 12 orang dan orang ke-13 yg hadir pada upacara itu adalah jelmaan syaitan. Sesetengah penyelidik beranggapan bahawa fobia terhadap angka itu berasal daripada kepercayaan tahyul manusia pada zaman kuno. Manusia pada zaman itu dikatakan mengira sehingga nombor 12 atau sedozen dan angka selepas itu iaitu dikatakn mewakili unsur ghaib. Masyarakat barat mengira angka yg diberi nama sehingga angka terakhir adalah 12 atau 'twelve' dan angka seterusnya iaitu bermula angka 13, dimulai dengan gabungan angka iaitu 'thirdteen', 'fourteen' dan seterusnya. Kiraan bulan dalam setahun juga sehingga bulan ke-12 dan tidak ada bulan ke-13. Selain itu, kepercayaan terhadap sumpahan angka 13 turut berasal daripada pegangan kaum Vikings. Dikisahkan bahawa ketika 12 dewa Norse sedang mengadakan majlis makan malam, tiba-tiba datang Loki iaitu dewa yg tidak diundang ke majlis berkenaan. Loki dianggap tetamu ke 13 pada majlis itu dan menjadi perancang utama pembunuhan Baldr, dewa kegembiraan. Kematian Baldr menyebabkan seluruh dunia menjadi gelap dan hari itu tidak lagi disinari kegembiraan atau dengan kata lain adalah hari itu sial dan malang.  Menerusi kisah berkenan jugalah wujudlah kepercayaan tahyul yg kononnya apabila 13 orang berkumpul, maka seorang daripada mereka akan mati.
Fobia itu diperkuatkan lagi dengan beberapa kejadian aneh yg berlaku membabitkan angka 13 terutama membabitkan hari jumaat yg jatuh pada tarikh hari itu. Penahanan dan pembunuhan pasukan Knights Templar dalam perang salib berlaku pada hari jumaat, 13 Oktober 1307.

 
Pada jumaat 13 Oktober 1066 juga menjadi hari terakhir pemerintahan King Saxon Harold II sebelum dia dibunuh Duke of Normandy, William. Ekspedisi ke bulan menggunakan pesawat Apollo 13 dianggap gagal kerana ia menyandang nombor 13 malah diterbangkan pada jam 13:13 EST pada 11 April 1970.
         Seorang lelaki iaitu Arnold Schoenberg yang menderita triskaidekafobia didapati lahir dan meninggal pada tanggal 13 haribulan. Institut Fobia dan Pengurusan Tekanan AS di Utara Carolina menyatakan bahawa pelbagai industri di negara itu kerugian antara AS$800 hingga AS$900 juta pada hari jumaat yg jatuh pada 13 hb berikutan ramai penduduk enggan menaiki penerbangan atau keluar rumah pada hari itu. Justeru, benarkah angka 13 adalah angka sial, disumpah atau berhantu? Selain angka 13, ada masyarakat China, Jepun dan Korea yg fobia terhadap angka 4. Kerana dalam bahasa Mandarin atau bahasa Tionghua, sebutan 'empat'  dan 'mati' adalah sama. Sebilangan pihak masih memutarbelitkan fakta ini dengan menyebut bahawa angka '4' disebabkan dari angka 13 yg dicampur iaitu '1+3=4'.
         Dalam budaya masyarakat Itali pula, angka 17 dianggap sial atau disumpah. Angka roman 17 atau XVII boleh ditukar kepada VIXI yg bermaksud 'saya pernah hidup' dalam bahasa latin atau maksudnya 'sekarang saya sudah mati'. Di Sepanyol, 13 turut dianggap angka yg sial tetapi bukan pada hari jumaat. Dalam kepercayaan mereka, hari selasa yg jtuh pada 13hb dianggap hari yg sial atau disumpah.


Walau apa pun, angka bukanlah penentu hidup dan mati seseorang. Hanya ALLAH sahaja yg mampu menghidup dan mematikan. Jika ALLAH sebut jadi, maka jadilah ia.


Kisah Benar: Memeluk Islam Kerana Mengkaji Wudhu

Prof Leopod Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria menemui sesuatu yg menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yg sangat mengejutkan. Bahawa pusat saraf yg paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan dan kaki. Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yg membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan. Dengan sentiasa membasuh air-air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels. Wuduk dah terbatal? Jom renew wuduk. Apa kata kita saling ingat-mengingatkan sesama kita. Bermula dengan diri sendiri, kemudian kita ingatkan kepada keluarga kemudian kepada teman-teman. InshaAllah. Sesungguhnya melakukan nasihat dan saling mengingatkan itu tidak sia-sia. Tidak sama sekali.


Tidak akan ada sesuatu pun amalan di dalam Islam itu mendatangkan penyakit. Malah setiap amalan itu didatangkan dengan kesihatan dan penyembuhan.

Titanic Tenggelam Dalam Surah Yasin.


Ucaplah subhanALLAH.. Siapa yg tidak tahu kisah tragik kapal RMS Titanic tenggelam di tengah laut Atlantik Utara tahun 1912. Ramai sedia maklum bahawa kapal gergasi yang mewah ketika itu tenggelam kerana melanggar bongkah ais gergasi. Dengan sedikit sahaja kebocoran, kapal Titanic yg dibina dalam masa tiga tahun itu tenggelam dalam masa 3 jam sahaja. Tetapi para sarjana dan ilmuwan terkemuka dunia yg mengkaji sejarah kapal itu menemui hasilnya yg amat mengejutkan. Baca balik surah yasin ayat ke 41 hingga ayat ke 44..

 لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
41. Dan suatu tanda(kebesaran ALLAH yg besar) bagi mereka adalah bahwa Kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yg penuh muatan.

وَآيَةٌ لَّهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ
42. dan Kami ciptakan untuk mereka yg akan mereka kendarai seperti bahtera itu [1269]. [1269] maksudnya; binatang-binatang tunggangan, dan alat-alat pengangkutan umumnya.

وَخَلَقْنَا لَهُم مِّن مِّثْلِهِ مَا يَرْكَبُونَ
43. dan jika Kami menghendaki niscaya kami tenggelamkan mereka, maka tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan.

وَإِن نَّشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا هُمْ يُنقَذُونَ
44. Tetapi (Kami selamatkan mereka) karena rahmat yg besar dari Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai kepada suatu ketika.

Dan mereka turut menyatakan bahawa maksud dari potongan itu bahawa berdasarkan kenyataan bongkak kapten kapal Titanic iaitu Kapten Edward J.Smith.
"Tuhan sendiri tidak dapat menenggelamkan kapal ini. Dengan pengalaman lebih 40 tahun, tidak ada satu pelayaran di bawah saya pun yg pernah gagal saya kendalikan walau dalam apa jua keadaan laut yg menggila.." Kenyataan beliau itu cukup menunjukkan bahawa mereka telah lupa ada kuasa yg jauh lebih hebat iaitu Tuhan. "Hasil" daripada kenyataan bongkak itu, Tuhan mentakdirkan kapal itu belayar 3 hari sahaja dan lautan Atlantik Utara menjadi perkuburan besar bagi hampir 1500 orang "mangsa" Titanic. SubhanALLAH..

Lipas berkeliaran dalam bilik..

Assalamualaikum, selamat pagi. Tagline seperti biasa, mulakan harimu dengan senyuman. Bukan senyum biasa, senyum kambing okey~ haaa.. :D Tapi kena pastikan senyum masa tengah sorang-soranglah. Nanti kalau orang nampak, orang ingat tak betul pulak kan. xD Tapi eiqa tak boleh nak senyumlah pagi ni~ walaupun malam tadi eiqa tidur awal dalam pukul 11.15pm. Malam tadi abah kerja. Jadi eiqa temanlah mak tidur. Angkutlah sikit 2 biji bantal dengan selimut tebal. Tak tahanlah sejuk aircond ni sebab tu bwk selimut tebal. Kalau dah tak tahan sejuk sangat, eiqa boleh berselubung terus dalam selimut tu.. heheh. Eiqa pun bentang cadar, susun bantal, tutup lampu lepas tu tidurlah seperti biasa. Dalam tengah on the way nak pergi ke alam mimpi tu, tiba-tiba eiqa terdengar bunyi something kat bwah tikar sebelah eiqa tempat tidur. Eiqa pun cepat-cepatlah bangun. Tengok-tengok lipas 2,3 ekor keluar dari bawah tikar tu. Berderau darah eiqa ni. Eiqa ni pulak dahlah jenis takut dengan lipas walaupun sekor. Inikan 2,3 ekor camtu. Besar-besar pulak tu. Eiqa mintak-mintak sangatlah lipas tu tk merayap atas tempat tidur eiqa. Nak bunuh, geli pulak. Tapi mak suruh bunuh je. Tertahan-tahan tangan ni nak bunuh. Tapi kalau tak bunuh, memang tak tidur malamla eiqa jawabnya. Tapi last sekali eiqa bunuh jugak. Dapatlah bunuh dua ekor. Ingatkan dah selesailah.Rupa2nya ada lagi 2 ekor! Ya Allah.. Memang nightmare betul lah malam tadi. Mana pulak datang lipas bnyak2 ni. >.<  Eiqa pun ketukla dengan botol bedak. Sekali tak kena. Dahla tak kena, lipas tu boleh merayap pulak atas tempat tidur eiqa. Eiqa pulak berada di situ. Apalagi terjerit2 lah tengah malam tu. -,-' Mak pulak suruh diam nanti jiran-jiran dengar pulak. Nak diam macam mana, fobia, trauma semua ada. Sampai sudah eiqa tak dapat pukul lipas tu sebab akhirnya dia masuk bwh almari dan tak keluar lagi. Pukul 1pagi baru dapat tidur.. Adoii~

kebanyakkan orang camni kan.. Tapi eiqa dua2 takut. tak terbang takut, terbang lg lah takut. . >.<

Agaknya lipas tu suka camni kacau eiqa tidur malam tadi. -_-'

« Older Entries

si kacak, si cantik, dan si comel..

My Entries..

get this widget here

About This Site



Cool Transparent Green Pointer