Lamanya tak menjengah blog. Dah bersarang dan berdebu. Bersih and sapu sikit-sikit tadi. Oklah tu kann. Setelah pelbagai dugaan, cabaran dan halangan yang eiqa tempuh sepanjang tahun akhirnya sekali lagi kita bertemu pada bulan ramadhan. Sudah 12 hari berpuasa rasa macam dah cukup lama. Cuaca pula semakin panas saban hari. Biasalah dugaan bulan puasa.

Bukan dah lupa pasal nak update blog. Tetapi disebabkan tiada peluang dan lebih-lebih lagi eiqa jarang guna komputer atau laptop.Sekarang ni dah jadi hantu gadget lah pulak. Kalau boleh 24 jam nak mengadap benda alah tu jelah. Hehehe. Nak pulak aplikasi WeChat sekarang tengah top. Jadi duk layan tu jelah siang malam.. hehehe. Oklah..Rasanya dah masa untuk eiqa masuk tidur. Esok nak bangun sahur pulak..
Assalamualaikum dan selamat malam.