Ucaplah subhanALLAH.. Siapa yg tidak tahu kisah tragik kapal RMS Titanic tenggelam di tengah laut Atlantik Utara tahun 1912. Ramai sedia maklum bahawa kapal gergasi yang mewah ketika itu tenggelam kerana melanggar bongkah ais gergasi. Dengan sedikit sahaja kebocoran, kapal Titanic yg dibina dalam masa tiga tahun itu tenggelam dalam masa 3 jam sahaja. Tetapi para sarjana dan ilmuwan terkemuka dunia yg mengkaji sejarah kapal itu menemui hasilnya yg amat mengejutkan. Baca balik surah yasin ayat ke 41 hingga ayat ke 44..

 لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
41. Dan suatu tanda(kebesaran ALLAH yg besar) bagi mereka adalah bahwa Kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yg penuh muatan.

وَآيَةٌ لَّهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ
42. dan Kami ciptakan untuk mereka yg akan mereka kendarai seperti bahtera itu [1269]. [1269] maksudnya; binatang-binatang tunggangan, dan alat-alat pengangkutan umumnya.

وَخَلَقْنَا لَهُم مِّن مِّثْلِهِ مَا يَرْكَبُونَ
43. dan jika Kami menghendaki niscaya kami tenggelamkan mereka, maka tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan.

وَإِن نَّشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا هُمْ يُنقَذُونَ
44. Tetapi (Kami selamatkan mereka) karena rahmat yg besar dari Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai kepada suatu ketika.

Dan mereka turut menyatakan bahawa maksud dari potongan itu bahawa berdasarkan kenyataan bongkak kapten kapal Titanic iaitu Kapten Edward J.Smith.
"Tuhan sendiri tidak dapat menenggelamkan kapal ini. Dengan pengalaman lebih 40 tahun, tidak ada satu pelayaran di bawah saya pun yg pernah gagal saya kendalikan walau dalam apa jua keadaan laut yg menggila.." Kenyataan beliau itu cukup menunjukkan bahawa mereka telah lupa ada kuasa yg jauh lebih hebat iaitu Tuhan. "Hasil" daripada kenyataan bongkak itu, Tuhan mentakdirkan kapal itu belayar 3 hari sahaja dan lautan Atlantik Utara menjadi perkuburan besar bagi hampir 1500 orang "mangsa" Titanic. SubhanALLAH..