Sempena hari bagi penghulu segala hari, eiqa nak update pasal tulisan khat yang sangat indah dan cantik ni. Eiqa sebenarnya dah jatuh cinta dengan tulisan khat yg bagi eiqa, tulisan ini sangatlah berseni sekali. Tulisan khat terdiri daripada beberapa jenis nama dan cara penulisannya yang berbeza. Dulu eiqa ingat, tulisan khat ni semua sama je. Tapi bila diamati betul-betul, memang berbeza. Malah memang banyak nama-namanya yang kebanyakkan orang tak tahu.
Ini jenis-jenis nama tulisan khat:-
1. Khat Tuluth
2. Khat Nasakh
3. Khat Dewani
4. Khat Dewani Jali
5. Khat Koufi
6. Khat Farisi
7. Khat Riq'ah
Ini adalah sebahagian yg biasanya memang sering digunakan dalam penulisan khat. Tetapi sebenarnya masih ada 90 lebih atau banyak lagi jenis-jenis khat. Tulisan yang paling popular dan sering digunakan, adalah tulisan khat nasakh. Yang dimana sering terdapat didalam al quran mahupun muqaddam. Tulisan kedua yg popular selain dari tulisan khat nasakh ialah tulisan khat tuluth. haa.. tulisan seperti ini sering kita dapati dikedai-kedai yg menjual tulisan ayat al quran didalam bingkai. Tulisan seperti ini seringkali berada dirumah-rumah orang termasuklah dirumah eiqa sendiri.
Ini salah satu tulisan khat yg agak popular jugak. Tulisan diwani ni juga salah satu tulisan khat yg paling eiqa suka. Cuba tengok hasil ukiran seni tulisan diwani yg pada pandangan eiqa, sangat lembut hasil seninya. Bukan mudah untuk menulis dengan gaya penulisan seperti ini.
Jika tadi tulisan khat diwani nampak lebih seperti beralun-alun, ini pula tulisan khat kufi yg nampak lebih seperti bersegi-segi. Namun sayang, penulisan khat kufi ini semakin dilupai ramai..
Semoga seni khat yg indah ini tidak akan dilupakan sampai bila-bila..:)